Pages

Monday, August 12, 2013

Sembelit dan Rahsia minyak Zaitun

Assalamualaikum w.b.t

Kebelakangan ini Iman Khalish kerap sembelit, kadang-kadang sehingga 2-3 hari. Risau dengan keadaan ini, takut-takut luka teruk sekiranya Iman struggle meneran. Pernah satu ketika, najisnya bercampur sedikit darah dan Iman seakan trauma jika hendak membuang air besar. Duduk di sudut terpencil, marah jika diganggu sebab cuba konsentrasi untuk melawan sembelit. Kesian anak umi.

Puas saya memberinya pisang, prune dan buah-buahan lain, namun masih tidak berhasil dan saya terpaksa menggunakan pump (seperti belon boleh dapat di farmasi) sebagai langkah terakhir. Saya yakin pengunaan pump ini memang memberi hasil yang segera, tetapi kesan panjang pula mungkin boleh menyebabkan otot usus Iman malas untuk bekerja sendiri. 

Alhamdulillah, akhirnya saya menemui penawar yang paling berkesan untuk sembelit. Minyak Zaitun!. Ya, mungkin ramai yang ragu-ragu mengenai kesannya begitu juga saya pada awalnya. Saya harus berterima kasih kepada Kak Lang (sis in law) sebab memberi saya satu ilmu yang baru. Sewaktu pulang bercuti di kampung sempena Maulidur Rasul, Iman sekali lagi mengalami masalah sembelit. Sudah 3 hari tidak membuang air besar dan perutnya tampak sedikit keras. Lalu saya diajar untuk memberi sesudu minyak Zaitun (kebetulan baru beli untuk masak spaghetti huhu).

Keesokan harinya, Iman dapat membuang dengan mudah. Syukur! Bayangkan hasil yang keluar selepas tersimpan selama 3 hari, memang baunya satu rumah boleh hidu haha...saya mula membuat rujukan mengenai khasiat minyak Zaitun ini, wah memang selama ini saya TIDAK tahu bahawa Rasulullah sendiri pernah bersabda diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a supaya "Minumlah minyak Zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati". Di dalam riwayat lain turut menjelaskan bahawa Rasulullah juga pernah bersabda "Barangsiapa mengosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya"

Even di dalam Al-Quran ada juga menyebut mengenai keistimewaan minyak Zaitun, surah An-Nur ayat 35. Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon ZAITUN yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

Hebatnya ciptaan ALLAH, jujurnya telah 30 tahun saya hidup, tetapi saya sendiri TIDAK mengkaji mengenai keistimewaannya dan TIDAK pernah cuba untuk ambil tahu hinggalah ALLAH uji anak saya dengan kesukaran untuk membuang air besar, barulah saya nampak hikmahnya. Ya, sekarang ini setiap hari saya akan memberi Iman Khalish sesudu minyak Zaitun dan alhamdulillah setiap hari jugalah Iman akan membuang. Begitu juga saya dan suami, turut mengamalkannya. InsyALLAH selain baik sebagai pelawas, ia juga baik untuk mengurangkan kolesterol, mencantikkan  kulit (kerna mengandungi Vitamin E), kalau hendak hilangkan parut pun boleh dan ia juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser. InsyALLAH kita hanya berusaha, menggunakan segala hikmah dan keistimewaan yang telah diturunkan oleh pencipta. Moga ALAH bantu. . 

Ok, moga perkongsian ini boleh membantu reader-reader di luar sana. Jom kita amalkan penggunaan minyak Zaitun dalam kehidupan samada sebagai minyak masak atau minuman. Mudah untuk diperolehi walaupun harganya sedikit mahal tetapi ianya selamat digunakan berbanding produk-produk kecantikan lain yang belum tentu selamat kandungan bahan kimianya.

10 KHASIAT MINYAK ZAITUN!!

10 KHASIAT MINYAK ZAITUN!!

Apakah perkara pertama yang datang ke fikiran anda apabila anda membaca ‘minyak zaitun’? Mungkin anda akan berkata, ‘Itu minyak sihat dari rantau Mediterranean. Adakah kita betul? Anda mesti pernah mendengar bahawa minyak zaitun mempunyai banyak faedah kesihatan. Berikut kami telah disenaraikan di bawah beberapa manfaat kesihatan yang anda boleh dapati dari minyak zaitun.


1. Menggalakkan kesihatan jantung
Minyak zaitun adalah sebuah khazanah lemak monotaktepu dan antioksidan yang mengurangkan tahap LDL (buruk) kolesterol. Jadi ia melindungi diri kita terhadap penyakit kardiovaskular dan masalah jantung yang lain. Ia juga menghalang lemak tersumbat dalam arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung.

2. Mengurangkan risiko kanser
Minyak zaitun kaya dengan polifenol yang bekerja sebagai antioksidan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Hasilnya, ia membantu untuk mengurangkan risiko tekanan oksidatif dan keradangan kronik dalam sel-sel. Kajian mendapati, minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Ia juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser saluran pernafasan dan saluran penghadaman.

3. Mengawal paras gula dalam darah
Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu yang menggalakkan tahap insulin yang sihat. Hasilnya, minyak zaitun membantu untuk mengekalkan paras gula darah. Ia biasanya disyorkan oleh doktor untuk orang yang mengidap penyakit kencing manis jenis 2 dan pesakit diabetes yang mempunyai risiko penyakit jantung.

4. Mempunyai ciri-ciri anti-radang
Seperti yang disebutkan tadi, minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang memastikan bahawa membran sel tinggal cecair dan dapat menggerakkan nutrien yang sihat ke dalam sel dan membuang bahan buangan keluar. Ini membantu untuk mengurangkan risiko arthritis dan asma.

5. Membantu untuk mengurangkan lemak
Minyak zaitun tidak mengandungi banyak lemak tepu tetapi ia tidak mengandungi apa-apa jumlah lemak tepu, yang dikenali untuk menambah lapisan dan lapisan lemak yang tidak sihat kepada badan anda. Oleh itu, dengan memasukkan minyak zaitun untuk diet biasa anda, anda boleh kehilangan lemak badan yang berlebihan, walaupun jika anda tidak melakukan aktiviti fizikal yang banyak.

6. Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat
Minyak zaitun mempunyai sejumlah besar oleates yang berkhidmat untuk menggalakkan kalsifikasi tulang dan mineral. Hasilnya, ia adalah makanan penting bagi bayi serta orang-orang tua, yang mengalami osteoporosis.

7. Menggalakkan kebolehan kognitif
Kajian mendedahkan, minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk menggalakkan perkembangan otak. Ia juga telah mendapati bahawa tempat di mana orang membuat minyak zaitun, kurang cenderung untuk mempunyai demensia.

8. Membantu sistem penghadaman
Minyak zaitun dikenali untuk mengubati ulser, sembelit dan jangkitan dalam saluran penghadaman. Ciri-ciri anti-radang yang membantu dalam menyembuhkan isu pundi hempedu dan jangkitan saluran kencing juga.

9. Melambatkan proses penuaan
Minyak zaitun kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan K. Ia juga mempunyai polifenol yang melambatkan proses penuaan. Asid lemak menjadikannya arteri lembut dan meningkatkan kelembapan kulit. Oleh itu, ia sering dirujuk sebagai ‘minyak kecantikan’.

10. meningkatkan imuniti badan
Minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan menggalakkan penyembuhan tisu. Akibatnya, orang-orang yang mempunyai minyak zaitun secara tetap dikatakan mempunyai kuasa imuniti yang lebih tinggi.

Saturday, April 6, 2013

MINYAK ZAITUN MENURUT AL-QURAN & HADIS


Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud) Berdasarkan hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah).

Salah satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati.

Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)
Firman Allah SWT: “Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (QS Al-An’am: 99)

Firman Allah SWT: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (An-Nahl:11)

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."


Pohon zaitun tumbuh di puncak bukit. Ia mendapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit mahupun sewaktu matahari terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik. Jika diminum, ianya bermanfaat untuk menguatkan daya ingatan, menguatkan hempedu, mencegah masalah pencernaan, mengubati penyakit buasir dan impotensi, membantu masalah haid, menghilangkan racun dalam tubuh, mencegah pertumbuhan sel-sel kanser, menurunkan kadar gula dan kolesterol, mencegah penyakit kencing manis serta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan manusia.

Jika disapukan, ianya bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah, melindungi dari bakteria, mencegah keguguran rambut, menghilangkan penyakit kulit, menghaluskan serta melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menjaga kebersihan kulit kepala.

Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik bagi umat Islam. Teladan yang ditunjukkan oleh Baginda mencakupi semua aspek kehidupan, termasuklah dalam memelihara kesihatan serta merawat penyakit.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)

Wallahua’lam.
sumber: http://tigosotigo.blogspot.com/2010/04/minyak-zaitun-menurut-al-quran-hadis.html

Khasiat Minyak Zaiton


Pohon zaitun yang penuh berkat ini disebut di dalam Al-Quran dalam Surah At-Tin: ayat 1, Surah Al-Mukminun: ayat 20 dan Surah An-Nur: ayat 35.

“Demi (buah) tin dan (buah) zaitun.” (At-Tin: 1)

“Dan pohon kayu keluar daripada Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak…” (Al-Mukminun: 20)

“…pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh….” (An-Nur: 35).

Pohon zaitun juga disebut di dalam hadis:

”Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

”Ada minyak zaitun, makanlah, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Antara khasiat minyak zaitun:

Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
Antioksidan dan antikanser
Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
Membekal vitamin E yang tinggi
Kecantikan (kulit dan rambut)
Kestabilan asid lemak
Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
Kegunaan massage therapy
Berkesan untuk bisul, ruam lampin, dan gatal-gatal
Cara penggunaan minyak zaitun:

Campurkan 2 sudu ke dalam setiap masakan
Sapukan ke muka bagi kecantikan wajah dan menghilangkan parut jerawat
Ambil secara mentah sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari

Ringkasan manfaat buah zaitun



Ringkasan manfaat buah zaitun :
  • Membantu mengatasi masalah darah tinggi
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Merendahkan tahap kolestrol berbahaya
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis (pembuluh darah tersumbat dan sempit)
  • Mengurangkan risiko serangan kanser
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Menyihatkan kulit dan rambut
  • Antioksidan - Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Membekal vitamin E
  • Kegunaan massage terapi

Minyak Zaiton


buah zaitun

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

“Ðemi buah tiin dan buah zaitun, Ðemi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...” (Surah at Tiin ayat 1 dan 2)

“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya..” (Surah an-Nur ayat 35)


Allah SWT telah menyebut di dalam al-Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Ði dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam al-Quran bersama dengan buah-buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah-buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.


olea europaea

Buah zaitun atau nama botaninya olea europaea tergolong dalam keluarga Oleaceae. Pokok zaitun sendiri boleh dikatakan termasuk dalam tanaman purba dan banyak ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia, Morocco, Asia Tengah dan beberapa bahagian Afrika. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.

pokok zaitun tua


pokok zaitun

Pokok zaitun adalah tanaman tahunan yang dapat tumbuh walau di tanah gersang sekalipun. Ðikenali juga dengan nama Olive, pokok zaitun ini biasanya akan berbunga pada musim bunga dan buahnya boleh dipetik pada akhir musim gugur sehinggalah musim sejuk. Buah zaitun mentah berwarna hijau terang. Apabila matang, buahnya akan berubah menjadi warna ungu kehitaman.

Buah zaitun mentah, rasanya masam sedikit dan agak pahit. Selalunya buah zaitun akan di ekstrak patinya menjadi minyak zaitun. Jika dimakan pun, buah mentahnya akan direndam dengan larutan garam menjadi jeruk. Terdapat beberapa jenis buah zaitun yang boleh dimakan terutamanya selepas dikeringkan di bawah cahaya matahari.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadis, setelah taufan dizaman Nabi Nuh A.S melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan.

Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, “Kalamata olive” berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½” ke 1″. Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah-buah untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.


buah zaitun di pokok

Ðunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Melalui kajian-kajian sains semasa, mengiktiraf khasiat buah zaitun terutamanya apabila telah dijadikan minyak. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Minyak zaitun merupakan sumber terbaik bagi lemak mono tidak tepu dan vitamin E. Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga turut mengandungi fitonutrien polifenolik yang mempunyai aktiviti antioksidan.

Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah,


Nabi Muhamad SAW bersabda, "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati." (Hadis riwayat at-Tirmidzi [Sunan at-Tirmidzi 7/44, Shahih] dan Ibn Majah)

daun zaitun

bunga zaitun

bunga zaitun ~ closed up ~

Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun iaitu Extra Virgin, Virgin dan Light. Minyak zaitun Extra Virgin merupakan minyak yang paling asli dengan kadar keasidan 0.5 hingga 1%. Warnanya kehijauan dan sesuai untuk campuran sos salad. Minyak zaitun Virgin pula mengandungi kandungan keasidan sekitar 4% dan berwarna kekuningan. Biasanya digunakan sebagai campuran masakan. Manakala minyak zaitun Light pula adalah minyak yang mengandungi kadar keasidan lebih daripada 4%. Berwarna kekuningan dan biasanya digunakan sebagai pengganti minyak goreng.

Buah zaitun kaya dengan vitamin E dikatakan mampu melindungi sel-sel dari radikal bebas yang berbahaya. Menurut kajian, antioksidan ini dikatakan mampu menguatkan sistem imun, mengurangkan penyakit seperti selesema. Asid oleik di dalam buah zaitun pula dikatakan mampu berfungsi memberi keanjalan pada kulit dan melindungi elastin kulit dari rosak.

Cegah darah beku


Sumber polifenois, sebatian antioksidan di dalam buah zaitun dikatakan mampu mencegah darah beku yang berbahaya. Satu kajian dalam Journal of American College of Cardiology mengaitkan sebatian ini dengan peningkatan nitrik oksida, molekul jantung sihat yang meningkatkan pelebaran pembuluh darah dan aliran darah.

Jika dibandingkan dengan diet tinggi dalam lemak tepu, diet tinggi karbohidrat, terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan bahawa minyak zaitun bukan sahaja mengurangkan tahap LDL kolesterol tetapi turut merendahkan tahap gula darah dan mengurangkan keperluan insulin bagi pesakit tahap dua diabetes.

Mengurangkan risiko kanser

Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Ðidapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.

Ðalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan asid oleik yang terdapat di dalamnya.

Meningkatkan metabolisme

Buah zaitun dikatakan mampu meningkatkan metabolisme. Malah dikatakan mengambil setengah cawan buah zaitun setiap hari mampu mencegah kegemukan. Khasiat lemak tidak tepu dalam buah zaitun mempercepatkan pembakaran lemak dan mencegah gula diubah menjadi lemak.

Selain itu, kajian dalam British Journal of Nutrition mendapati, asid lemak mono tidak tepu merangsang choolecystokinin, sejenis hormon menekan nafsu makan yang menghantar isyarat kenyang ke otak.

Melambatkan proses penuaan

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walau bagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Ði samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis

Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung.

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau.

Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)."

Ramuan untuk kecantikan

Ði samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Ðengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam al-Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

Ringkasan manfaat buah zaitun :
  • Membantu mengatasi masalah darah tinggi
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Merendahkan tahap kolestrol berbahaya
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis (pembuluh darah tersumbat dan sempit)
  • Mengurangkan risiko serangan kanser
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Menyihatkan kulit dan rambut
  • Antioksidan - Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Membekal vitamin E
  • Kegunaan massage terapi
Walaupun terdapat khasiat ubatan dalam buah zaitun, namun begitu pengambilannya perlulah mendapat nasihat pengamal terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

sumber asal : http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/10/khasiat-buah-zaitun-dan-minyak-zaitun.html

Pati Minyak Zaiton Olive House

Pati Minyak Zaiton  Olive House : RM39.00 ( 250ml) + RM6.00 kos pos - 013 991 0717

Pati Minyak Zaiton  Olive House : RM39.00 ( 250ml)

Apa keistimewaan pohon zaitun sehingga dipuji sedemikian di dalam al-quran dan hadith? Minyak Zaitun ini selain rasanya yang lazat dan digunakan oleh manusia selama ribuan tahun, pohon-pohonnya indah dan berumur panjang. Akar-akar pohon zaitun kuat mencengkam ke bumi sehingga nampak seperti berdiri kukuh perkasa. Ini menimbulkan rasa hormat dalam tamadun-tamadun yang menanamnya. Pohon Zaitun menyimpan pelbagai misteri kesihatan yang luar biasa.
Pakar bedah yang menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di dunia, Dr. Christian Barnard menyarankan supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di kawasan Mediterranean menjaga kesihatan jantung mereka. Menurut Barnard, komuniti ini adalah yang jarang sekali menghidap serangan sakit jantung. Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete ini jarang terkena serangan sakit jantung adalah amalan mereka mengambil minyak zaitun. Minyak yang mengandungi kandungan lemak yang bermutu tinggi.
Andrew Weil,  juga mengaku minyak zaitun adalah minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan. Tubuh badan manusia lebih mudah menerima asid lemak yang terkandung di dalam minyak zaitun iaitu asid oleat. Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu. Lemak ini tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti-oksidan. Minyak zaitun juga mengandungi polyphenols yang bersifat anti inflamasi.
Makanan-makanan yang mengandungi anti-oksidan adalah makanan kelas satu dalam dunia kesihatan masa kini. Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit-penyakit degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok, melambatkan proses penuaan, melawan kanser dan alergi.